Isnin, 3 Oktober 2011

Aktivis piket bantah pinda Akta Pekerjaan 1955

Abdul Rahim Sabri


Hampir 200 aktivis buruh hari ini mengadakan piket di hadapan parlimen membantah pindaan undang-undang terhadap Akta Pekerjaan 1955.

NONEMereka mendakwa pindaan akta tersebut "tidak menyebelahi pekerja", "menghakis" hak mereka dan dibuat tanpa rundingan dengan kesatuan sekerja, seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Piket tersebut bermula jam 10.55 pagi dengan pesertanya mempamerkan beberapa kain rentang mendesak Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam supya menarik balik pindaan itu.

Mereka berbaris di luar pintu parlimen sambil melaung "tarik balik undang-undang buruh", "lawan tetap lawan" dan "hidup MTUC".

NONELaungan tersebut diselang seli dengan nyanyian lagu yang sinomin dengan perjuangan buruh, antaranya "Barisan Union" dan "The Voice of Unity, Strenght and Justice".

Selain aktivis MTUC, wakil kesatuan sekerja lain, seperti Kesatuan sekerja Perusahaan Otomobil Dua (Perodua) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) turut hadir.

Bercakap kepada pemberita sewaktu piket tersebut, Presiden MTUC Khalid Atan (bawah) berkata beliau juga menyerahkan surat bantahan kepada Subramaniam dalam pertemuan melibatkan beberapa majikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur awal pagi ini.

"Kita juga mahu rundingNONEan diadakan seterusnya," katanya sambil merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam isu itu.

Khalid berkata, buat masa ini pihaknya mengambil sikap "tunggu dan lihat" dan enggan membuat sebarang spekulasi atau memutuskan tindakan lanjutnya jika pindaan itu terus dibentangkan.

Khalid berharap menteri berkenaan memberi maklum balas berhubung tuntutan mereka secepat mungkin.

Piket tersebut berakhir kira-kira setengah jam kemudian tanpa sebarang kekecohan. Kelihatan kira-kira 50 anggota polis mengawal keselamatan sewaktu piket berlangsung.

Tiada ulasan: