BERNAMA
Tiga buah kereta dan 15 buah motosikal hangus dalam satu kebakaran yang disyaki akibat perbuatan kianat ketika sebahagian daripada 300 penghuni Flat Seri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras di ibunegara sedang menikmati sahur, awal hari ini.
Beberapa penduduk yang ditemui Bernama berkata mereka terdengar bunyi orang menjerit "Api! Api!" di tingkat bawah flat mereka ketika sedang bersahur pada kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.
Beberapa penduduk cuba memadamkan kebakaran itu menggunakan air dan hos pemadam api sebelum pasukan bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran.
Kesemua kenderaan yang hangus - tiga buah kereta masing-masing jenis Proton Persona, Proton Savvy dan Perodua Kancil serta 15 biji motosikal pelbagai jenis - diletakkan di kawasan parkir flat tersebut.
Menurut penghuni, Zaiton Ibrahim, 45, beliau sempat melihat beberapa penghuni lain cuba membantu memadamkan kebakaran dengan mencurahkan air dari tingkat atas selain cuba memadamnya dari kawasan parkir menggunakan hos pemadam api.
"Apabila waktu sahur, saya bangun dan apabila ingin ke dapur, saya terdengar bunyi jeritan orang dari bawah dan kemudian membuka pintu untuk melihat apa yang berlaku.
"Saya terkejut melihat orang ramai sibuk mengambil air dan cuba memadamkan api yang bermula dari sebuah kereta dan kemudian merebak ke beberapa biji motor berhampiran," katanya.
Seorang mangsa, Noor Azan Tajuddin , 27, berkata beliau baru selesai bersahur apabila tiba-tiba terdengar bunyi riuh jiran menjerit "Noor, motor kau terbakar!"
"Saya pada mulanya tidak perasan tentang kejadian tersebut sehingga ada jiran yang mengetuk pintu rumah beritahu bahawa motor saya terbakar dalam insiden tersebut dan saya terus mengejutkan suami," katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa kejadian itu dilakukan dua lelaki yang disyaki membaling mercun ke arah kenderaan yang kemudiannya menyebabkan kebakaran.
Wanita itu berkata kejadian yang sama juga pernah berlaku di flat berhampiran baru-baru ini dan tidak menolak kemungkinan didalangi suspek yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini mengesahkan kejadian itu dan menurutnya wujud perbuatan khianat pihak yang tidak bertanggungjawab dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 435, Kanun Keseksaan.
"Dengan bantuan forensik, kita sedang mencari bahan yang digunakan. Kita juga sedang menyiasat motif kejadian. Anggaran kerugian sedang dikenal pasti," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan