BERNAMA
Bekas eksekutif kanan kewangan Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) menjelaskan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagaimana bayaran bagi projek pembinaan Restoran Malaysia di Dubai meningkat daripada RM874,155 kepada RM888,000.
Zeti Akhmar Mohamad Yusop berkata peningkatan itu disebabkan Bank CIMB yang mengendalikan akaun PEMPENA tidak dapat membuat pembayaran tersebut kepada Mashreq Bank di Dubai kerana bank berkenaan tidak menyenaraikan dirham dalam senarai transaksi mata wang asingnya.
Zeti, 35, berkata pihak CIMB mencadangkan agar ia menggunakan mata wang riyal untuk memudahkan bayaran itu.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi, Zeti berkata bayarannya hanya dijelaskan kepada syarikat LCL Interiors LLC pada 3 Mac 2007 mengikut kadar mata wang semasa dirham (AED) Emiriyah Arab Bersatu.
Zeti berkata beliau membuat makluman kiriman wang kepada CIMB setelah diarahkan berbuat demikian oleh pengawal kewangan Lim Khing Tai pada 26 Januari 2007.
Beliau berkata makluman kiriman wang berkenaan telah diserahkannya kepada Lim untuk mendapatkan tandatangan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab atau bekas Ketua Pegawai Operasi PEMPENA Mohammad Rosly Md Selamat, dan hanya menerimanya semula pada 22 Februari 2007.
"Saya tidak tahu kenapa ia mengambil masa begitu lama, tetapi kedua-dua mereka ada menandatanganinya dan tahu tujuan arahan pengeluaran wang berkenaan," katanya.
Zeti, yang merupakan saksi pendakwaan keempat, menyatakan demikian pada perbicaraan kes membabitkan Mirza, 54 dan Mohammad Rosly, 57, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah RM888,000 di pejabat Pempena di Tingkat 13, Manara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 27 Februari 2007.
Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Saseedharan Menon yang mewakili Mirza, bahawa bayaran tersebut sebenarnya dibuat untuk projek "Little Penang" di Hyderabad, India dan bukan untuk projek di Dubai, Zeti tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Zeti berkata bahagian akaun di PEMPENA mempunyai kod-kod akaun yang khas dan bayaran yang disempurnakan adalah untuk projek di Dubai.
Ketika ditanya lanjut oleh Saseedharan kenapa makluman kiriman wang bertarikh 3 Mac 2007 bagi bayaran RM888,000 yang tidak ditandatangani Mirza atau Rosly, beliau berkata ia sebenarnya dikeluarkan oleh pihak bank.
"Ini sebenarnya jarang berlaku dan borang permohonan bukan diisi oleh saya. Pihak bank ada menjelaskan ia sebenarnya untuk mempercepatkan bayaran dan menggunakan butiran pada borang permohonan bertarikh 27 Februari 2007," jelas Zeti.
Perbicaraan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh bersambung esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan