SHAH ALAM: Kritikan lantang kerajaan pemerintah sebelum ini kononnya tawaran 100 hari Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis meleset sama sekali apabila sedikit demi sedikit tawaran Buku Jingga itu diceduk UMNO BN.
Sebelum ini, idea memberikan insentif RM500 kepada golongan pendidik diciplak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan terbaru, cadangan pemansuhan tol turut digunapakai.
Berkuatkuasa semalam, kerajaan pemerintah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur- Barat (Metramac).
Pemansuhan tol ini dilakukan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang dijadualkan 31 Mei 2018.
EXCO Selangor, Teressa Kok menjelaskan Pakatan Rakyat sebelum ini akan mengadakan rundingan semula dengan syarikat konsesi tol bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat marhaen.
“Salah satu dasar yang disebut dalam Buku Jingga adalah berkenaan dengan tol. Kita akan merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuh raya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
"Bila kita masuk Putrajaya antara perkara yang akan dilakukan ialah mengambil balik PLUS, menghapuskan tol, dalam tempoh tujuh tahun. Ini tersebut dalam Buku Jingga kita lihat hari ini juga dua tol di PJ dan Cheras , sudah ada dua plaza tol dihapuskan, dimansuhkan,” katanya lagi.
Sebelum ini, kerajaan pemerintah melalui Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan pemberian insentif kepada warga pendidik tidak akan menyebabkan negara mengalami defisit seperti yang seringkali diwar- warkan.
Insentif sebayak RM7,500 kepada kira- kira 924 guru besar dari seluruh negara dilihat mirip kepada tawaran insentif RM500 kepada setiap guru dinegara ini.
Kegugupan kerajaan Najib terhadap kekuatan Buku Jingga dizahirkan apabila media arus perdana diarahkan supaya menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam ‘satu sistem’ akhbar itu pada 21 Mac lalu.
Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi mengambarkan seolah- olah negara akan bankrap jika tawaran Buku Jingga dilaksanakan.
Buku Jingga yang dilancar sempena konvensyen Pakatan Rakyat 2010 antara lain mengutarakan manifesto Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh 100 hari.
Teresa yakin kerajaan Najib tidak hanya menceduk dua idea sahaja dari Buku Jingga itu. Beliau pasti lebih banyak idea Pakatan Rakyat yang bakal diciplak UMNO BN untuk mencerminkan kononnya mereka adalah kerajaan pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan