Khamis, 7 April 2011

Ketua SPRM Wajar Berundur Secara Sukarela

KELAB GREENBOC

DAP gesa Putrajaya gantung tugas ketua SPRM sehingga siasatan selesai

DAP hari ini menggesa Putrajaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sehingga siasatan kematian seorang pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed selesai.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan menggantung tugas Abu Kassim perlu ekoran kenyataannya yang menyifatkan kematian Ahmad Sarbani tidak patut dieklsploitasikan atau dimanipulasikan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka.

“DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim digantung tugas selaku Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan terhadap Ahmad Sarbani selesai.

“Datuk Seri Abu Kassim berniat jahat apabila beliau berharap kematian itu tidak akan dieksploitasi atau dimanipulasikan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi, kenyataan sebegitu bukan sahaja menunjukkan rasa bersalah namun satu percubaan mahu menghentikan kebenaran dan keadilan diperoleh dalam insiden terbaru itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyifatkan sepanjang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim masih belum mencapai kejayaan yang sepatutnya, ditambah pula dengan sikap berdiam diri dan suka berahsia tentang operasi agensi kerajaan itu,” katanya.

“Datuk Seri Abu Kassim tidak sepenuhnya berjaya disebabkan sifat suka berahsia tentang operasi SPRM menunjukkan sikap double standard sehingga gagal mengambil tindakan menentang amalan rasuah pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Bagaimanapun kematian Ahmad Sarbani akan menghalang segala usaha Datuk Seri Abu Kassim mahu membuat perubahan dan komen beliau juga tidak boleh dipandang ringan,” kata Lim yang turut memuji langkah Abu Kassim untuk membersihkan dan mengembalikan profesionalisme SPRM.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dan dipertanggungjawab dalam insiden terbaru itu.

Beliau juga menyifatkan cara siasatan SPRM yang mencari kebenaran dan keadilan sehingga berlaku kematian adalah tidak bertanggungjawab. -TMI

Ulasan GB

GB menyokong penuh saranan Sdra Lim Guan Eng tersebut. Jika ada maruah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed perlu berundur.

Peristiwa kematian kali kedua di bangunan SPRM jelas menunjukkan SPRM yang bermasalah. Dan jika Datuk Seri Abu Kassim mengambil tindakan berundur, bukan sahaja beliau dihormati kerana dilihat sebagai seornag yang profesyenal dan bertanggungjawab, malah SPRM sendiri akan lebih dihormati dan dipercayai.

Tetapi di dalam negara kita sukar untuk menemui pegawai-pegawai tertinggi agensi kerajaan berundur secara sukarela atau meletakkan jawatan kecuali diarah berbuat demikian. Hanya pernah sekali - iaitu Datuk Shahrir Samad bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno.

Satu hal yang pasti - HUKUM KEBENARAN akan tetap berjalan, seandainya beliau tidak berundur maka hukum kebenaran akan mengambil tempatnya. Ingat, bekas Ketua Pengarah SPRM yang lepas, Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan tiba-tiba "terpaksa" berundur juga dengan keadaan lansung tidak dihormati apabila tiba masanya.

Di kalangan menteri pula beberapa orang yang "tidak layak" lagi menjadi menteri akhirnya "dipaksa berundur" sekalipun mereka cuba mempertahankannya, misalnya Samy Vellu, Zainuddin Maidin dan lain-lain.

Jadi, pilihan di tangan sendiri.

Tiada ulasan: