Jumaat, 29 April 2011

MIC terima semula bekas ahli cetus kontroversi

Jiwi Kathiah


Keputusan MIC untuk menerima semula sembilan ahlinya yang dipecat atau meninggalkan parti itu selepas Mac 2008 dan dalam 2009, telah mencetuskan kontroversi berhubung keputusan jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk berbuat demikian.

Walaupun tujuan langkah tersebut adalah untuk memperkukuhkan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, tetapi keputusan tersebut dikatakan bukan sebulat suara, apabila ada yang menganggap ia melanggar perlembagaan parti itu.

Peraturan 61.5 perlembagaan MIC menyebut, apabila tamat tempoh dua tahun dari tarikh pemecatan, ahli terbabit boleh mengemukakan permohonan kepada CWC untuk menyertai semula parti itu, melalui kongres kongres cawangan."

Daripada sembilan bekas ahli berkenaan, tokoh paling kontroversi ialah bekas timbalan ketua Pemuda, V Mugilan; wakil Pemuda dalam CWC, G Kumar Amaan dan anggota CWC, KP Samy.

NONEKeputusan untuk menerima semula mereka termasuk syarat tawaran itu mesti diterima dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu dibuat.

Satu sumber berkata, timbalan presiden parti itu, Datuk Dr S
Subramaniam (kanan) menentang keputusan untuk menerima semula ahli-ahli yang telah dipecat itu, berdasarkan peraturan berkenaan.

Satu lagi sumber yang rapat dengan ketua Pemuda, T Mohan menegaskan bahawa Mugilan, Kumar dan samy dipecat kira-kira setahun lalu, ekoran penglibatan mereka dalam pergerakan "GAS" yang ketika itu mendesak Datuk Seri S Samy Vellu melepas jawatan presiden.

Bagaimanapun, ketua penerangan dan publisiti MIC, S Vel Paari menyamakannya dengan tindakan kerajaan dalam kes pekerja tanpa izin di negara ini.

"Lihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan. Pekerja asing tersebut telah melakukan kesalahan memasuki negara ini secara haram. Mereka akan dihukum.

"Tetapi kerajaan memberi mereka pengampunan. Begitu juga kami memberi mereka pengampunan. Ia dilakukan untuk kebaikan parti dan dalam semangat bermaaf-maafan," katanya.

NONEMengikut peraturan 61.5, Vel Paari mendakwa CWC mempunyai kuasa mentafsir dan memutuskan mengenai peraturan-peraturan yang tidak boleh dicabar.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan peluang seperti bertanding
kerusi parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya umum akan datang, sebagai dorongan untuknya menyokong keputusan tersebut yang dikatakan ditentangnya sebelum ini, Vel Paari dengan tegas menafikannya.

"Jika satu tawaran dibuat, apa salahnya untuk menerimanya. Kami melakukan ini untuk satu matlamat bagi memperkukuhkan parti. Saya telah memberi taklimat kepada bapa saya mengenainya dan beliau merestuinya."

NONESeorang anggota kanan CWC, yang tidak mahu namanya disebut
berkata: "Ianya tidak mengikut perlembagaan. Apa yang perlu dilakukan ialah membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan."

Mugilan, Kumar dan Samy (tengah) dijangka menyerahkan surat penerimaan mereka menjelang petang ini.

Mugilan dan Kumar keberatan untuk memberi sebarang komen selain daripada mengesahkan keputusan mereka untuk menerima tawaran tersebut dan "ia akan dibuat Sabtu ini".

Tiada ulasan: