KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah memfailkan satu notis penzahiran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan kerajaan negeri memperolehi 38 data atau dokomen dari Petronas.
Permohonan itu telah didaftarkan oleh peguam kerajaan negeri Tommy Thomas dua minggu lalu bagi menguatkan hujah serta bukti terhadap kerajaan negeri untuk mendapatkan royalty dari Petronas.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa, ketika memberitahu Harakahdaily berkata antara 38 dokumen itu termasuk pengagihan wang daripada telaga minyak, penyata akaun dan lain-lain.
“Kita memerlukan data-data itu bagi menguatkan saman untuk membolehkan kerajaan negeri mendapatkan royalti yang dituntut melalui mahkamah.
“Kita telah memfailkan notis penting ini dua minggu lalu oleh peguam kita, Tommy Thomas kerana kita berhak untuk mendapatkan penzahiran notis itu,”ujarnya yang juga anggota exco kerajaan negeri.
Difahamkan kerajaan negeri melalui peguamnya terpaksa memohon notis tersebut melalui mahkamah berikutan kegagalan pihak kerajaan negeri mendapatkan notis itu dari Petronas sebelum ini.
Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menyaman Petronas kerana tidak membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dan Petronas.
Namun begitu, baru-baru ini kerajaan Pusat memohon kepada mahkamah untuk menjadi defendan dalam kes ini dan dibenarkan mahkamah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan