SHAH ALAM : Pelbagai persoalan baru mula timbul susulan tindakan polis hari ini mendapatkan sampel DNA ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay yang mengaku terbabit dalam penayangan video lucah untuk dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis sebelum ini mengesahkan siasatan adalah bertumpu kepada pihak yang mendalangi penayangan video 21 minit itu kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.
Namun pelbagai spekulasi mula timbul mengenai arah haluan siasatan setelah Eskay mengesahkan polis meminta DNAnya.
" Saya hari ini telah dipanggil ke Bukit Aman dan saya secara suka rela telah memberi sampel DNA saya untuk membantu kes siasat video seks," kata Eskay ketika ditemui pemberita.
Ahli perniagaan itu tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10 pagi tadi dan selesai disoal siasat selain menyerahkan DNAnya pada kira-kira 1.15 tengahari.
Tambah Eskay yang juga salah seorang daripada trio 'Datuk T', beliau juga diajukan beberapa seoalan yang disifatnya sebagai 'relevan dengan kes berkenaan'.
'Datuk T' terdiri daripada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuih Lazim.
Ketiga-tiga mereka kini disiasat di mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika dihubungi Tv Selangor mempersoalkan hala tuju siasatan polis kerana setakat ini, polis dikatakan sedang menyiasat trio 'Datuk T' atas kesalahan mengedar bahan lucah.
" Cuma selama ini perkara ini disiasat di bawah tuduhan mengedar dan menayangkan video lucah, yang itu perlu diselesaikan secepat mungkin dan tindakan diambil secepat mungkin. Kecualilah siasatan yang sama itu memerlukan DNA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan