Khamis, 21 April 2011

Bimbit Akan Diperluas Ke Indonesia, Thailand - Rais

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penurunan caj perkhidmatan perayauan bagi telefon bimbit akan diperluas ke negara-negara Asean terutamanya melibatkan Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata buat masa ini perjanjian mengenai pekara itu hanya membabitkan Malaysia dan Singapura.

"Dalam konteks Asean yang berkomunitikan asas-asas sama, kita akan kemukakan di peringkat menteri-menteri penerangan Asean beberapa langkah sekutu yang perlu kita ambil kemudian," katanya menjawab soalan tambahan Senator Zamri Yusuf pada persidangan Dewan Negara, di sini, Khamis.

Pada Rabu, Rais mengumumkan pengguna telefon bimbit di Malaysia dan Singapura akan menikmati diskaun 20 peratus untuk panggilan suara dan 30 peratus bagi khidmat pesanan ringkas (SMS), apabila menggunakan perkhidmatan perayauan mulai 1 Mei ini.

Rais dilapor berkata pengurangan itu membabitkan operator perkhidmatan mudah alih yang disediakan oleh kedua-dua negara seperti Celcom, Digi, M1, Maxis, SingTel, Star Hub dan U-Mobile.

Kadar pengurangan akan dinikmati oleh kedua-dua pengguna pasca bayar dan prabayar, katanya.

Tiada ulasan: