Khamis, 7 April 2011

Allahyarham Ahmad Sarbani dikebumi hari ini

MALAYSIA KINI

Kira-kira 200 orang termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan rakan-rakan pegawai kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed berada di perkarangan kediaman rumahnya di Kelana Jaya.

NONETurut hadir ahli keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran Allahyarham.

Mereka menunggu ketibaan jenazah Ahmad Sarbani yang ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Beliau adalah pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketika ini, jenazah berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Malaysiakini difahamkan jenazahnya akan dibenarkan dibawa pulang sebentar lagi.

Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman beliau.

Malaysiakini difahamkan beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kota Damansara.

Ketika ini, pihak pengurusan surau berkenaan menganjurkan majlis bacaan surah Yassin dan tahlil.

Sementara itu, ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, pada kira-kira jam 12.20 tengahari tadi, timbalan pengarah penguatkuasa Kastam Wilayah Persekutuan, Jaafar Jawi memberitahu, jenazah Ahmad Sarbani masih berada di HUKM.

Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan karib dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, yang berada di kediaman Allahyarham.

Mereka terkejut dan tidak mempercayai bahawa kawan sekampung mereka itu meninggal dunia semalam.

NONESalah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk rakannya yang lain.

Manakala Said Mahmud - guru Kafa kepada anak bongsu Sarbani - berkata beliau sedih dan tidak mempercayai bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.


Tiada ulasan: