| Oleh Dzulkarnain Taib |
| "Saya takut duit KWSP yang digunakan akan hangus begitu sahaja seperti juga pelaburan lain sebelum ini disebabkan turun naik nilai mata wang asing di mana pelaburan kita di buat. "Umno-Barisan Nasional sebenarnya memperjudikan simpanan wang rakyat Malaysia dengan menggunakannya dalam akitiviti ekonomi yang berrisiko tinggi terutamanya dalam iklim ekonomi dunia yang lemnbab sekarang," kata Azan kepada Suara Keadilan ketika ditemui lobi Parlimen petang tadi selepas pembentangan Belanjawan 2011. Dalam ucapannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dibenar meningkatkan pelaburan di luar negara bagi menerokai peluang pulangan yang lebih baik. KWSP katanya, yang mempunyai pelaburan antarabangsa sebanyak 7 peratus akan ditingkatkan sehingga 20 peratus daripada jumlah yang diuruskan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengingatkan akan risiko besar apabila KWSP membuat pelaburan yang ada kaitan dengan pasaran matawang (forex). "Mereka (KWSP) perlu berhati-hati kerana perubahan dalam kadar matawang kadangkala akan membawa kerugian kepada apa-apa pelaburan yang dilakukan," tegas Menteri Besar. |
Jumaat, 15 Oktober 2010
Umno-BN Dedahkan Lebih Banyak Wang KWSP Di Pelaburan Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan