Aidila Razak |
Ini kerana ketika menawarkan dirinya, Zaid berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika Khalid tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu.
Jika ketua PKR Wilayah Persekutuan itu mahu menjaga imej dan prinsipnya, maka beliau harus mengotai janjinya dan menarik diri walaupun mendapat pencalonan dari kira-kira dua pertiga cabang PKR.
Zaid (kiri) masih membisu mengenainya dan sehingga ini tidak dapat dihubungi. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tidak mungkin menarik diri untukmemberi laluan kepada Khalid.
Katanya, ini kerana keadaan sudah berubah kebelakangan ini.
Begitu juga, Zaid - ketika ditanya sama ada akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Khalid - pernah memberitahu pihak media tentang perlunya 'mengambil jalan yang berbeza' jika 'keadaan berubah'.
Tumpuan pada Nurul IzzahSumber itu berkata, orang yang perlu diberi perhatian sekarang ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang belum memutuskan sama ada akan menerima "tawaran' Zaid untuk menyokongnya jika bertanding timbalan presiden.
"Dia masih belum putuskan. Saya berhati-hati terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zaid (berdasarkan keputusan Nurul Izzah nanti)," katanya.
Bagaimanapun, Nurul dilaporkan telah mendapat pencalonan yang mencukupi, dari kalangan kira-kira 30 cabang yang belum lagi menghantar keputusan rasmi kepada ibupejabat parti.
Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat sehingga ini membisu tentang jawatan yang akan ditandinginya jika Nurul menerima tawaran bertanding timbalan presiden, tetapi wujud spekulasi yang mengatakan beliau mungkin mensasarkan jawatan presiden.
Sama ada Zaid akan menggunakan 'persetujuan Nurul" sebagai satu alasan untuk bertanding jawatan tersebut masih menjadi teka-teki, tetapi mereka yang mengetahui, telah menyatakan kebimbangan masing-masing dengan langkah Zaid seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan