MSO
CERITA ini sudah lama menjadi sebut-sebutan. Cuma orang di tempat-tempat tertentu saja tidak mengetahuinya. Ceritanya begini, ada seorang menteri telah membina rumah besar di Shah Alam Selangor. Rumah itu harganya boleh tahan juga. Kalau tidak mencecah puluhan juta tetapi sekitar RM6 hingga RM7 juta adalah. Tempatnya juga strategik dan menarik.
Rumah ini milik seorang menteri kanan. Ianya dibina sekitar tahun 2005 atau 2006. Ianya sudah pun siap secara berperingkat-peringkat.
Dan setahun lalu sudah pun siap sepenuhnya dan sepatutnya sudah diduduki. Semasa dalam pembinaan rumah itu tidaklah kelihatan besar dan gah sangat. Tetapi sesudah siap ia hampir menyamai sebuah istana hinggap seorang raja.
Kerana melihat rumah itu begitu besar dan gah menyebabkan menteri berkenaan tidak berani untuk mendudukinya. Bimbang ia menjadi isu dan mencemarkan imej politiknya. Betapa tidaknya pintu pagar saja berharga sekitar RM700,000. Nilai sebegitu boleh menyiapkan 100 unit rumah kos rendah untuk rakyat.
Kalau di dalam kawasannya dia selamba saja. Pakaiannya pun t shirt dan kalau turun kapal terbang ditangannya ada supik plastik. Nampak macam sesak. Itulah imej yang ditayangkan kepada rakyat. Di kawasan biasa makan ubi rebus atas jemoran. Beliau sedikitpun tidak menunjukkan dia memiliki rumah besar di Shah Alam.
Isteri menteri berkenaan sudah lama mahu menginap di rumah berkenaan. Tetapi si suami menteri enggan mendudukinya. Maka rumah berkenaan terbiar begitu saja. Kini ia dikawal oleh beberapa pengawal. Tidak diketahui bila rumah itu akan diduduki wa'lahualam.
Hingga kini menteri berkenaan mendiami rumah kerajaan di Bukit Tunku. Katanya sebulan sekali pun dia tidak menjenguk rumah barunya itu. Bukan apa takut kerana ianya gah dan besar. Bimbang takut terserempak dengan orang dan mengambil gambarnya berlatar belakangkan rumah besar itu. Menteri ini asalnya kampung, duduk rumah atap rumbia saja. Dari mana wang diperolehi untuk membina rumah berkenaan, tidak pula diketahui. Dia seorang menteri...
Pelik manusia menteri ini seorang. Takut tidak bertempat. Apa salahnya memiliki rumah besar, kereta besar atau bini empat yang lawa-lawan kalau semuanya didapati secara halal. Bagi orang Melayu dan orang kampungnya bangga kalau menteri berkenaan sudah menjadi kaya raya. Bukankah kejayaan itu boleh mengangkat martabat dan maruah orang Melayu.
Selama mana menteri kanan berkenaan ingin menyembunyikan rumah 'gadang' (besar)nya itu? Lama kelamaan orang akan tahu juga nanti. Daripada orang tahu secara curi lebih baik orang tahu secara terbuka. Apa kata buat kenduri kesyukuran naik rumah baru sebelum menjelang pilihan raya ke - 13 nanti.
Apakah kisah rumah menteri kanan yang sudah berhantu itu akan menjadi isu suatu hari nanti? Pilihan raya Galas sudah pun ditentukan. Hari penamaan calon 26 Oktober manakala hari mengundi 4 November. Jangan-jangan gambar pintu pagar rumah itu akan dikeluarkan menjelang pilihan raya berkenaan.
Paling menakutkan dan menyerabutkan kalau pendedahan itu dibuat sedikit sedikit sedikit.... Mula-mula pintu pagar, lepas itu pintu utama rumah berkenan, lepas itu bumbung, lepas itu landskap, lepas itu bilik dalam rumah, dan mengejutkan kalau didedahkan plan rumah berkenaan! Katanya dua firma arkitek yang menyediakan plan rumah berkenaan.
Persoalannya kini kenapa menteri itu takut untuk mendiami rumah barunya itu? Bukan beliau saja yang memiliki rumah baru, yang mempunyai bilik 18 buah, bertingkat-tingkat dan ada bilik bawah tanah? Menteri atau pembesar lain juga mempunyai rumah hebat dan besar. Atau mungkin kerana rumah menteri kanan itu lebih besar dan lebih hebat dari rumah menteri-menteri lain maka menteri berkenaan takut untuk menduduki rumahnya.
Anih... ada orang tidak ada rumah, tinggal tepi longkang atau bawah kolong. Menteri kanan ini pula ada rumah besar macam istana ditinggalkan begitu saja. Atau beliau bercadang akan memasuki rumah baru itu selepas tidak menjadi menteri. Duhai rakyat kesianlah kepada menteri ini. Biarlah hasratnya itu tercapai.
Caranya kalau begitu kalahkan dia dalam pilihan raya pasti dia tidak akan dilantik menjadi menteri lagi. Sebab untuk dilantik menjadi senator dia telah pun menjadi senator. Mat Maslan tentu tahu siapa menteri berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan