MUNGKIN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak menyedari ada pemimpin tertinggi UMNO Pusat yang membiayai pembangkang melalui pemberian projek untuk melumpuhkan musuh politik mereka dan sekaligus mengkhianati perjuangan UMNO.
Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh mendedahkan demikian ketika menghubungi Sabahkini.net untuk memaklumkan bahawa beliau akan membuat pendedahan sedikit masa lagi siapakah tokoh berkenaan dengan menyerahkan segala bukti yang beliau ada.
“Kita tidak sangka sampai begitu mereka bertindak dan saya menyifatkan tindakan desperado ini mencerminkan mereka mula menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa,” kata Abdullahsani yang enggan menamakan pemimpin UMNO terbabit.
Tegas Abdullahsani, beliau memerlukan sedikit masa untuk mendedahkan bukti kerana masih sibuk menjalankan urusan perniagaan dan hanya akan menyerahkan bukti tersebut dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Abdullahsani pernah mendedahkan beberapa bukti yang beliau dapat namun belum sampai masanya untuk diketengahkan sebagai tatapan umum.
Rabu, 6 Oktober 2010
PEMIMPIN UMNO BIAYA PEMBANGKANG?
Oleh: SAKINUL BANDAHALA (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
26 ulasan:
Betulkah ni? Cuba memaparkan bukti-bukti yang ada supaya pembaca boleh melihat.
Sukar mahu percaya selagi belum nampak bukti. Saya akan tunggu pendedahan selanjutnya.
entah betul atau tidak pekara ini. namun pendedahan perlulah disertakan dengan bukti barulah orang akan percaya.
jika nak dedahkan, biarlah dgn bukti yang kukuh. baru org percaya.
Difficult to believe such story if the story is not supported with a strong evidence.
jangan percayalah semua ini.
semasa buat kenyataan ini, kenapa tidak sertakan sekali dengan bukti dan sebutkan siapa pemimpin umno itu? jangan buat pembaca tertanya2, atau mungkin dakwaan ini sekadar strategi pembangkang untuk mencemarkan umno..
jika benar perkara ini berlaku, ada baiknya Abdullahsani mendedahkan siapa pemimpin umno itu secepat mungkin bagi menyekat rancangannya mengkhianati perjuangan UMNO.
Kalau berani sila lampirkan bukti anda. Selit2 pun cukuplah. Kalau tiada anda sama saja menipu rakyat.
susah hendak dipercayai jika tiada bukti. sepatutnya bila buat kenyataan seperti ini sertakan buktinya sekali.
kita tidak pasti kebenaran dalam cerita ini. Lebih baik sekiranya kia tunggu kebenaran.
tidak perlu kita mempercayai semua ini sekiranya belum ada bukti menunjukkan kebenarannya.
Pemimpin UMNO yang membiayai pembangkang. Tambahan lagi ahli PUSAT. memang banyak maklumat bocor oleh orang tersebut. Siapa yang ada bukti tolonglah serahkan kepada pihak yang berkenaan, bagi kepastian dakwaan ini.
disebabkan tamak kuasa, apa saja sanggup dilakukan demi kepentingan peribadi..bukan sesuatu yang baru dalam politik Malaysia.
diharap individu tersebut dapat memberikan bukti yang sahih atas dakwaan beliau ini untuk memperjelaskan lagi tentang apa yang sebenarnya berlaku.
jika benar dakwaan ini, maka siasatan yang terperinci harus dilakukan..orang yang tamakkan kuasa inilah yang merosakkan parti.
Harap siasatan dijalankan.
Setipa kali ada pihak yang mendakwa salah laku sesuatu puhak dan mengatakan akan mengemukakan bukti pada masa yang terdekat.
Selalunya ia diakhiri secara senyap kemudian sunyi.
Aiks???? biar betul ni...
Betul Jonny. Sukar nak percaya la.. Kalaupun ada bukti rasanya masih ramai yang teragak-agak utk percaya.
Betul Jonny. Sukar nak percaya la.. Kalaupun ada bukti rasanya masih ramai yang teragak-agak utk percaya.
Kalau nak dedahkan sesuatu perkara tu pun sertakanlah bukti sekali. Jangan biarkan tergantung sahaja. hehe
Hahhahaha betul tu jari. Lagi teruk kalau buat fitnah kan:P hehhee
Semoga hal ni dapat disiasat dan ditanggani dengan baik, Sebelum siasatan dibuat, ada baikknya jika kita tak perbesarkan hal ni.
Setakat mana kesahihan tuduhan ini? Kenapa bukti yang ada kenalah tunggu masa baru ditatapkan umum?
'Tegas Abdullahsani, beliau memerlukan sedikit masa untuk mendedahkan bukti kerana masih sibuk menjalankan urusan perniagaan dan hanya akan menyerahkan bukti tersebut dalam masa terdekat.'
Sibuk atau tunggu tawaran?
Catat Ulasan