MALAYSIA KINI | ||
|
“Industri media sudah tertakluk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, Akta Hasutan 1970 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang semuanya mengekang pembangunan menyeluruh industri tersebut sehingga tidak ada pelabur yang ingin melabur dalam industri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.
Lebih malang lagi, menurut Hata garis panduan yang ingin diperkenalkan itu dilakukan tanpa perbincangan dengan pengamal media ataupun wartawan yang bertugas di negara ini baik di media tempatan ataupun dengan media luar negara.
Ia dikatakan bagi membantu membantu pengamal media untuk membuat laporan secara lebih positif dan dikatakan penting kepada KDN sebagai panduan tindakan undang-undang kepada mereka yang sengaja menggugat ketenteraman awam.
“Sebarang pelaksanaan garis panduan itu haruslah dibincangkan serta mendapat input daripada pengamal-pengamal media yang bukan sahaja daripada kalangan pengarang tetapi juga daripada wartawan-wartawan yang bertugas membuat laporan berita,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan