PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub hari ini memberi amaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya tidak mencetus ketegangan di kalangan calon-calon timbalan presiden parti itu.
Semalam, Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah menggesa semua ahli PKR menolak Azmin Ali sebagai calon timbalan presiden dan meminta menyokong dan mengundi Mustaffa.
Arman Azha mendakwa 35 peratus ahli Perkasa adalah dari PKR. Mustaffa Kamil berkata, PKR secara tegas menolak Perkasa.
"Saya mewakili kepimpinan parti menggesa semua ahli akar umbi menolak politik perkauman Perkasa," kata Mustaffa Kamil dalam sidang media di sini hari ini.
Sebaliknya Azmin yang melabel Perkasa pertubuhan "chauvinis" dan "ekstrem", berkata, adalah mustahil pertubuhan itu boleh mencetus perselisihan faham di antara calon-calon.
"Ini juga menimbul minat untuk saya. Apa motif Perkasa mengeluarkan kenyataan menyokong saya dan menolak dua calon lain," tanya Mustaffa Kamil.
Beliau mempersoalkan mengapa pertubuhan itu perlu membuat kenyataan tersebut memandangkan Perkasa bukan sebahagian dari entiti PKR.
Mustaffa Kamil berkata, mereka yang berada di belakang Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, adalah beberapa pemimpin Umno termasuk (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad dan (timbalan presiden Umno) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bekerja untuk memecah-belah perpaduan dalam PKR.
"Kita tidak harus berkrompromi dalam isu perkauman yang dibawa oleh Perkasa dan Umno. Kita juga tidak harus terperangkap dengan kenyataan Perkasa," katanya dan menambah, "PKR adalah parti yang berjuang untuk semua bangsa."
Beliau mengakui menerima panggilan yang mempersoalkannya mengapa Perkasa secara terbuka menyokong beliau.
"Saya tidak mahu saya disalah tafsir. Saya tidak mahu saya dilihat ok dengan Perkasa," jelas beliau.
Sistem yang baik
Beliau berkata, jika Arman Azha marah kepada Azmin kerana mengkritik Dr Mahathir, beliau seharusnya sedar bahawa seluruh pemimpin PKR termasuk dirinya, juga marah dengan tuduhan Dr Mahathir ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu (dalam kes liwat yang pertama).
Mengenai keadaan tidak konsisten yang dilaporkan berlaku dalam mesyuarat pemilihan parti, beliau berkata, pemilihan secara langsung adalah sistem yang baik tetapi PKR masih ada ruang untuk membuat peningkatan.
"Tidak ada parti lain yang membuat perkara ini atas nama demokrasi. Oleh kerana ia sesuatu yang baru untuk parti baru, kita mesti terima sedikit masalah yang akan timbul. Tetapi secara keseluruhan ia sistem yang baik."
Mengelasi pilihan raya kecil Galas, Mustaffa Kamil berkata PKR menyokong sebarang calon yang dipilih PAS dan parti itu ada peluang cerah untuk menang.
"Rakyat akan mengundi Pakatan Rakyat kerana Barisan Nasional tidak menunaikan janji mereka di Manek Urai.
"Mereka juga meluahkan kemarahan mereka kepada kerajaan persekutuan berhubung isu royalti minyak," katanya menambah biro politik PKR akan mengadakan mesyuarat esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan