Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu, kepimpinan parti itu akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk memutuskan perkara tersebut.
“Kami akan bertemu di ibu pejabat parti hari ini untuk menentukan calon kami,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Terdahulu seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan perkara itu.
“Ia akan diputuskan malam ini, mesyuarat kami selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat petang ini,” kata beliau ketika dihubungi di Pahang.
Tarikh pengisytiharan nama calon juga akan ditetapkan malam ini, kata beliau.
Laporan kelmarin menyebut PAS akan mengumumkan calonnya 24 Oktober manakala laporan terbaru hari ini menyebut ia akan diketahui 22 Oktober.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan