Selasa, 12 Oktober 2010

Dewan Rakyat belum terima notis kematian MP Batu Sapi

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Notis kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, belum dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana Dewan Rakyat masih belum menerima notis dan surat kematian secara rasmi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar berkata, beliau yakin akan menerima notis tersebut daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) atau keluarganya dalam masa sehari dua lagi.

“Kebiasaannya apabila berlaku kematian Ahli Parlimen, pihak yang berwajib iaitu parti atau keluarga akan beri notis kepada Parlimen secara bertulis bersama sijil kematian.

“Tetapi saya cukup yakin Dewan (Rakyat) akan menerima notis tersebut selewat-lewatnya lusa, dan kemudian baru kita dapat hantar ke SPR supaya dapat ditentukan tarikh penamaan calon, pilihan raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada kejadian di Kota Kinabalu Sabtu lepas, Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi.

18 ulasan:

samm berkata...

kekosongan kerusi parlimen Batu Sapi akan membolehkan pilihan raya kecil akan diadakan. kepada yang bertanding, bertandinglah dengan adil dan bersih.

Anak Sabah berkata...

Baru saja Datuk Edmund meninggal, notis kematian pun belum dapat. Tapi sudah pun ada pihak yang tidak sabar mahu bertanding. Ini amat tidak sopan terhadap keluarga mangsa, terutamanya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah amat gembira kerana pemergiannya kerana ini bermakna parti mereka berpeluang cerah.

Anak Sabah berkata...

Saya rasa amat kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang hilang kesopanan asas dan hanya mementingkan kemenangan.

Takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Edmund.

Tanpa Nama berkata...

tak perlulah nak terburu-buru nbk bertanding, hormatilah mendiang Datuk Edmund.

Logop berkata...

Datuk Edmund baru sahaja meninggal dunia tapi ada sudah pihak mahukan notis kematian MP. Sungguh tidak menghormati langsung.

nurfatihah berkata...

Semuanya rakus ingin mengganti tempat kosong.

Saya tertanya-tanya, siapa yang memandu kereta Merz tersebut? Kenapa tidak dinyatakan di dalam surat khabar?

Hosie Masie berkata...

Bersabarlah..janganlah terlalu mendesak. memang akan ada juga pengisian kekosongan tersebut. Tapi tunggu dulu semua hal selesai dan biar SPR uruskan semua kerja untuk kekosongan ini.

Bujang Senang berkata...

harap kematian Datuk Edmund chong tidak akan dipolitikkan. Memang siasatan lanjut akan dilakukan. Jadi kita tunggu keputusan pihak berkuasa berkenaan kematian beliau.

evan medhousky berkata...

bagi menghormati keluarga mangsa, SPR tidak perlu mendesak menyerahkan notis kekosongan secepat mungkin. sememangnya kekosongan itu perlu dipenuhi segera tapi biarlah bukan dengan cara yang mendesak.

evan medhousky berkata...

parti2 yang bakal bertanding juga masih memerlukan masa untuk membuat persediaan, jadi sepatutnya tidak ada faktor yang mendesak dalam hal ini.

Tanpa Nama berkata...

mengapa nak terburu buru? kita harus hormati kematian datuk edmund.

Paquin berkata...

uii na, tak perlu lah kelam kabut. Notis tu pasti diserahkan juga, cuma bagilah ruang utk ahli keluarga dan sahabat2 bertenang dulu.

Paquin berkata...

Betul tu Jonny. Prosuder politik & t/jawab harus diteruskan tetapi sebagai manusia kena jugalah bereperikemanusiaan sedikit. Hormatilah keluarga mangsa yang tengah berduka cita sekarang ni..

Paquin berkata...

Kekosongan tu etapi kalau boleh dalam merebut kerusi tu agak-agak jugalah. Jangan sampai ada pihak yang merasa tersinggung pula.

Paquin berkata...

Takziah pada keluarga Datuk Edmund. Banyakkan bersabar, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Paquin berkata...

Semoga semuanya baik2 sahaja.. Sentiasalah bersederhana dalam apapun tindakan yang mahu dilakukan. Jangan terlalu mendesak, nanti lain pula tanggapan orang ramai:P

Tanpa Nama berkata...

lakukan apa yang perlu dilakukan..

Tanpa Nama berkata...

takziah diucapkan kepada keluarga mendiang..