Khamis, 7 Oktober 2010

6 nelayan hilang, bot dilanggar kapal

BERNAMA


Enam orang nelayan dilaporkan hilang manakala 11 yang lain terselamat apabila bot mereka dipercayai dilanggar sebuah kapal dagang di perairan Selat Melaka, kira-kira 10 batu nautika dari Sabak Bernam, Selangor awal pagi ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Marin (PGM) di Lumut berkata dua daripada nelayan yang terselamat itu cedera dan dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan," katanya sambil menambah satu sidang akhbar berhubung insiden itu akan diadakan di PGM Kampung Acheh di Lumut petang ini.


10 ulasan:

Mahsiran berkata...

semoga mereka yang hilang itu akan ditemui.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan semua nelayan selamat ditemui. Teruskan usaha pencarian.

Tanpa Nama berkata...

pencarian perlu diteruskan sehingga kesemua nelayan yang hilang berjya ditemui.

samm berkata...

harap nelayan yang masih hilang akan ditemui dalam keadaan selamat.

Unknown berkata...

Doakan keselamatan mereka..

Unknown berkata...

Apa perkembangan terbaru mereka sekarang?

Paquin berkata...

Kesiannya... Saya kurang pasti dengan isu ni tapi saya harap semua nelayan tu selamat :)

Paquin berkata...

Sesiapa yang tahu perkembangan cerita ni share2 lah ya :) Apapun saya harap semuanya dalam keadaan yang baik.

Leo berkata...

Diharapkan mereka yang dilaporkan hilang dapat dijumpai.

Leo berkata...

Operasi mencari harus diteruskan sehingga mereka dijumpai. Semoga mereka selamat.