KUALA KUBU BAHARU - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin jentera pilihan raya mampu menembusi kesemua kubu kuat Umno dan Barisan Nasional di dalam kawasan Parlimen tersebut berdasarkan respons memberangsangkan daripada pengundi.
Zaid mahu petugas dan perayu undi berterus terang dengan rakyat semasa mereka menemui rakyat Hulu Selangor dalam tempoh kempen mulai hari ini sehingga detik 12 malam pada 25 April depan.
"Kita harus berterus terang dengan rakyat dan kita tidak perlu menggunakan cara-cara Umno dan Barisan Nasional.
"Jentera kita harus sanggup menjelaskan apa-apa saja isu, kalau pengundi tanya kita jawab. Kalau kita berterus terang dan yakin dengan apa yang kita katakan kepada pengundi, saya tidak nampak masalah pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat.
Beliau berkata pengamatannya sepanjang menjelajah pusat daerah mengundi di Hulu Selangor menunjukkan jentera pilihan raya bekerja dengan penuh semangat dan dedikasi.
"Melihat kepada keadaan ini saya pun amat bersemangat untuk bekerja, rajinnya jentera kita rajin juga saya, kita tidak kira mana-mana tempat yang dikatakan kubu kuat Umno-BN kita akan tembusi," kata Zaid ketika berucap ringkas pada taklimat kepada petugas dan perayu undi KEADILAN dari seluruh negara di Kem Bina Semangat Ampang Pecah malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan