TV SELANGOR
KUALA LUMPUR : Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh memberi jaminan calon Pakatan Rakyat yang dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, mampu mewakili semua kaum.
Ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, beliau enggan menyatakan secara tepat tarikh sebenar pengumuman calon, sebaliknya menyatakan kelewatan itu berikutan PKR cermat dan teliti dalam membuat penilaian.
Beliau berkata, mesyuarat kedua biro politik PKR dijadual berlangsung pada minggu ini tetapi tidak menolak kemungkinan pengumuman nama calon hanya dibuat pada minggu hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan