Isnin, 5 April 2010

Pemangku Raja Kelantan Tarik Balik Permohonan Di Mahkamah

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra hari ini menarik balik permohonannya bagi mendapatkan perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan Tengku Abdul Aziz Tengku Muhammad sebagai Pemangku Raja adalah tidak sah dan terbatal.

Tiada alasan diberikan dalam permohonannya untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Tengku Abdul Aziz, adindanya Tengku Muhammad Fakhry dan Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan.

Permohonan itu didengar di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Kuala Lumpur. -

Tiada ulasan: