Selasa, 27 April 2010

Pakatan Rakyat Sarawak Adakan Majlis Solat Hajat

SUARA KEADILAN

Kuching - Satu majlis solat hajat dan bacaan doa sempena Pilihanraya kecil Sibu telah diadakan di pejabat parti KEADILAN Cabang Stampin yang melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat Sarawak minggu lepas.

Kira-kira 50 orang termasuk orang yang bukan Islam hadir menjayakan majlis yang bersejarah itu.

Aktiviti tersebut merupakan acara pertama melibatkan semua parti selepas pengumuman rasmi kemasukan SNAP sebagai komponen Pakatan Rakyat di Sarawak dan bertujuan untuk menguatkan lagi jentera pilihanraya pada pilihanraya kecil bulan depan.

Dalam pada itu, aktiviti yang dijalankan akan mengeratkan silaturahim antara ahli parti dan secara tidak langsung memperkemaskan Pakatan Rakyat selain dapat mengadakan perjumpaan dan berbincang masalah rakyat.

Ketua Cabang Stampin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak See Chee How
berkata lebih banyak lagi aktiviti melibatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat negeri Sarawak akan diatur tanpa mengira agama dan fahaman politik agar kami lebih bersatu.

"Ini telah membuktikan agama bukan penghalang untuk bersatu apabila seorang pemimpin yang bukan beragama Islam menganjurkan aktiviti untuk orang Islam," kata Chee dalam majlis yang julung kali diadakan itu.


Tiada ulasan: