KUALA LUMPUR : Kemenangan calon MIC, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor nampaknya tidak meredakan krisis dalam parti itu apabila presidennya, Samy Vellu enggan mengulas berhubung kenyataan timbalannya G. Palanivel yang bersedia menggantikannya.
G. Palanivel, calon MIC yang terpinggir di Hulu Selangor selepas dibantah keras oleh Ummo berkata, beliau kini semakian bersedia untuk menggantikan bosnya itu.
''Saya sentiasa bersedia tetapi hanya Presiden parti (Samy Vellu) boleh membuat keputusan mengenainya," katanya selepas calon MIC, G. Palanivel diumumkan sebagai pemenang di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru malam tadi.
Sementara itu, Samy yang diminta untuk mengulas kenyataan berani timbalannya itu bagaimanapun enggan menyatakan bila dirinya mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC.
''Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai perkara itu," katanya yang menjadi Presiden MIC paling sejak era mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussien Onn.
Populariti presiden MIC itu kian malap selepas beliau tewas pada 8 Mac 2008 yang juga merupakan tarikh kelahirannya.
Samy juga sehingga kini kekal tidak sehaluan dengan mantan timbalannya sebelum ini, S. Subramaniam.
Terdahulu, G. Palanivel memboikot tindakan Samy yang tunduk dengan kehendak Umno di Hulu Selangor yang menolak beliau sebagai calon sehingga menyaksikan beliau enggan hadir pada pengumuman P. Kamalanathan pada 17 April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan