Isnin, 26 April 2010

BN tabur RM100 juta di Hulu Selangor

FREE MALAYSIA TODAY


6Oleh Adib Zalkapli


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Barisan Nassional (BN) membelanja lebih RM100 juta untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.

"Lebih RM100 juta dibelanjakan oleh BN untuk memenangi majoriti tipis di Hulu Selangor, bererti RM65,000 seorang," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat (PR) tewas kali kedua sejak 2008 di Semenanjung semalam apabila calon BN P Kamalanathan menewaskan bekas menteri undang-undang Dato’ Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan memperolehi 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi untuk memenangi kerusi itu yang sebelum ini disandang oleh PKR.

"Ini bermakna BN tidak mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum Mac 2008. Serangan peribadi, perkauman, rasuah dan tindakan ganas pihak berkuasa membantu mereka memenangi satu atau dua pilihan raya kecil. Tapi rakyat Malaysia tidak akan tertipu," kata Anwar.

Wang untuk bantu rakyat, buka beli undi – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan kerajaan membelanja sekian banyak wang di Hulu Selangor dengan menyatakan ianya bukan untuk membeli undi tetapi untuk membantu rakyat.

Pengerusi BN itu juga menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor juga melakukan sedemikian kerana meluluskan berbagai projek di kawasan pinggir kampung-kampung.

Kerajaan Persekutuan dianggarkan meluluskan projek-projek bernilai RM70 juta di kawasan Hulu Selangor, sebesar negeri Melaka.najib tun razak

Kerajaan negeri juga telah menganugerahkan hak milik tanah kepada kampung-kampung baru masyarakat Cina dan meluluskan permohonan tanah untuk sebuah sekolah Cina.

Langkah ini membawa kemenangan PR di daerah-daerah majoriti Cina. Bagaimanapun PKR gagal memenangi kawasan yang didominasi oleh orang-orang Melayu seperti penempatan Felda dan kampung-kampung serta kawasan luar bandar.

"Kami berjaya meningkatkan sokongan terhadap PR di Hulu Selangor. Kami sedar bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk sampai kepada para pengundi di luar bandar, terutama di kawasan-kawasan penempatan Felda.

"Saya komited kepada cabaran dan sedikit pun tidak akan berganjak dari pendirian ini," kata Anwar.

Ketua Umum PKR itu menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana gagal memastikan suatu pilihan raya yang adil dan menuduh pihak polis menakut-nakutkan para penyokong PR.

Beliau berkata, "berpuluh-puluh menteri berkempen setiap hari. SPR sekali lagi didapati melakukan kesalahan kerana melanggar mandat untuk mengendalikan pilihan raya secara adil dan saksama.

"Pihak polis pula menakut-nakutkan para penyokong kami. Terdapat laporan, pihak polis menghalang beberapa orang pengundi dari tiba di tempat mengundi," terang Anwar.

Tiada ulasan: