Ahad, 11 April 2010

APCO punya agenda tersembunyi- Pemuda PAS

Harakahdaily


KUALA LUMPUR : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1 Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam.

Dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS siang tadi beliau berkata, insiden sama sudah berlaku di Mesir, apabila kerajaan negara arab itu memberi ruang kepada Mosad terlibat dalam menentukan dasar kerajaan secara tidak langsung.

"Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut.

"Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya.

Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel.

"Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri,"

Sehubungan itu beliau memberitahu, pemuda PAS akan membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada seluruh rakyat berkenaan kesan penglibatan APCO terhadap negara.

Penjelasan tersebut jelasnya tertumpu kepada persoalan apa itu APCO, negara kelahiran, hubungkait dengan Malysia dan ancaman terhadap keselamatan negara.

"Pemuda akan membuat suatu roadshow diseluruh negara bagi menjelaskan apa itu APCO, dari mana asalnya dan apa hubungkaitnya dengan negara malaysia, dan ancaman terhadap kedaulatan Negara," katanya.

Tiada ulasan: