Jumaat, 11 September 2009

Keputusan kes batal saman malu Ahmad Zahid 16 November

BERNAMA


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 16 November depan untuk mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau.

Penolong Pendaftar Kanan, Mohd Fitri Sadarudin, menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif.

Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon, manakala Shamsul Bahrain Ibrahim yang turut hadir menyebut bagi pihak peguam Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli. -

Tiada ulasan: