BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dijangka dilaksanakan selepas Ramadan sekiranya Jabatan Penjara sudah bersedia dengan kemahiran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undangundang Syariah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hukuman Syariah bukan perkara enteng yang boleh dilaksanakan semudahnya lebihlebih lagi apabila Jabatan Penjara tidak mempunyai sebarang pengalaman.
"Kita tangguhkan bukan kerana susah untuk mendapatkan jurusebat dan bukan kerana kita tidak boleh lakukan hukuman tersebut tetapi ini adalah kes pertama yang dihadapi oleh kita...mata dunia kini menumpukan kepada kes ini maka Jabatan Penjara perlulah bersiap sedia dengan segala keperluan terlebih dahulu.
"Tetapi jika Kartika tetap tidak mahu membuat rayuan bagi menggelakkan hukuman sebat berkenaan, maka pihak penjara perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjalankan hukuman tersebut selepas berakhirnya Ramadan," katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja Malaysia-Australia mengenai Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang di sini hari ini.
Mesyuarat tertutup dua hari itu diadakan Malaysia dan Australia bagi membincangkan masalah penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang yang dihadapi keduadua negara.
Hishammuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara perlu bersedia dari sekarang untuk melaksanakan hukuman tersebut jika ia sudah menjadi satu keperluan.
"Realitinya tidak akan lari daripada apa yang sepatutnya, iaitu keadilan dan kesaksamaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di sebalik keputusan mahkamah namun kita mahu setiap orang betulbetul mendalami dan memahami apa yang dituntut," katanya.
Hukuman sebat ke atas Kartika sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang tetapi ditangguhkan setelah mendapat arahan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Pahang Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.
Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata meskipun beliau kecewa dengan kekalahan Barisan Nasional (BN), ia tidak akan melemahkan semangat parti itu untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat.
"Saya tidak nafikan saya sedih dan kecewa namun kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat... semua tahu ia kubu kuat PAS.
"Kita telah bersungguh yakinkan orang ramai dalam banyak pilihan raya kecil yang kita lalui di negerinegeri lain justeru tugas untuk meyakinkan orang ramai terhadap Barisan Nasional mesti diteruskan dan tidak terhenti begitu sahaja," katanya.
Beliau berkata jentera BN tidak akan sesekali berputus asa bahkan semakin optimis dan konsisten dengan perubahan yang mereka bawa dalam memastikan negara terus aman dan stabil.
"Lama kelamaan jika kita konsisten dengan apa yang kita lakukan sekarang iaitu untuk melakukan perubahan, saya yakin kita akan dapat semula sokongan rakyat," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan