SINAR HARIAN ONLINE
RIYADH - Penularan wabak Influenza A (H1N1) yang kian meningkat kini mencetuskan kebimbangan umat Islam yang bakal mengerjakan ibadat haji tahun i:ni berikutan banyak negara sedang bergelut menangani wabak tersebut.
Sebanyak 160 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini :sedang berhempas pulas menangani penularan virus tersebut ketika jumlah kematian dilaporkan mencecah lebih 950 orang.
Menurut WHO, jumlah jangkitan H1N1 diramalkan meningkat secara mendadak pada musim sejuk dan bunga akan datang seiring dengan jangkitan selesema biasa di mana hampir dua bilion orang bakal dijangkiti.
Penganut Islam yang bakal menunaikan haji tahun ini turut tidak terkecuali daripada berasa bimbang mengenai risiko bahaya penyakit itu.
Seorang wanita muda dilaporkan menjadi mangsa pertama maut akibat H1N1 di Timur Tengah selepas mengerjakan umrah.
Arab Saudi digesa membatalkan ibadat haji musim ini manakala ulama-ulama diminta mengemukakan fatwa khas bagi membolehkan ibadat itu ditangguhkan atas sebab darurat.
Di beberapa negara, ulama-ulama menggesa penganut Islam yang mempunyai masalah kesihatan serius agar membatalkan hasrat mereka untuk mengerjakan haji tahun ini.
Dianggarkan hampir tiga juta jemaah dari lebih 160 negara akan berhimpun di kota suci Mekah dan Madinah bagi melaksanakan haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan