MALAYSIA KINI | ||
|
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat bulanan Suhakam hari ini. Lima peguam tersebut adalah dari pusat bantuan guaman Majlis Peguam.
Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut telah melantik panel tiga anggota pesuruhjaya, yang dipengerusikan oleh Muhammad Shafee Abdullah, untuk mengendalikan siasatan terbuka tersebut.
Dua lagi anggota panel tersebut ialah Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Pengerusi Suhakam, Tan Sri Panglima Simon Sipaun berkata, siasatan awam tersebut akan menentukan sama ada penahanan lima peguam tersebut melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ia juga akan menentukan sama ada tindakan tersebut melanggar undang-undang yang menjamin hak peguam untuk menemui tahanan serta sama ada wujud justifikasi atau keperluan untuk menangkap peguam-peguam berkenaan mengikut Seksyen 27, Akta Polis 1967.
Didakwa nafi hak guaman
Semua mereka dibebaskan petang keesokannya.
Mereka ditahan pada hari persidangan DUN Perak dalam perhimpunan sekumpulan aktivis membantah penangkapan Wong Chin Huat, seorang jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang menganjurkan orang ramai memprotes persidangan itu dengan berpakaian hitam.
Wong ditahan selepas melancarkan kempen "1Black Malaysia" dan ditahan reman selama tiga hari di balai polis tersebut.
Kelima-lima peguam itu ditahan sewaktu cuba mendapatkan akses untuk mewakili 15 lagi yang ditahan lebih awal pada malam perhimpunan nyalaan lilin tersebut di tempat yang sama.
Susulan penahanan mereka, Majlis Peguam memanggil mesyuarat agung tergempar minggu lalu sebagai tanda bantahan dan meluluskan usul mendesak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menurut satu kenyataan badan profesional tersebut petang ini, penafian hak guaman itu bercanggahan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan