|
|
Kira-kira 1,200 pelajar baru dan 450 kakitangannya diarahkan pulang selama seminggu bermula hari ini hingga 1 Ogos ini.
Timbalan Pengarah Akademiknya, Saifullah Musa berkata, penutupan tersebut berikutan empat pelajarnya disahkan dijangkiti virus berkenaan.
"Kami mendapat arahan tersebut dari Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, seramai lima pelajar mengalami demam dan tanda-tanda dijangkiti virus tersebut namun apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital berhampiran, hanya empat pelajar sahaja disahkan dijangkiti.
"Berikutan itu, kita telah membuat pengumuman tengah malam tadi dan pelajar mula meninggalkan kampus sejak pukul 6 pagi ini," katanya.
Menurut Saifullah, keempat-empat pelajar yang dijangkiti H1N1 kini dikuarantin di bilik asrama mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan