Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar berharap para pemimpin Umno tidak mendakwa bahawa kekalahan tipis pasukan bola Malaysia kepada Manchester United (MU) membuktikan mutu bola sepak kelab itu sudah merosot.
"Saya juga berharap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak menyatakan mutu bola sepak di negara ini sudah dipulihkan dan meningkat.
"Maklumlah, bila Barisan Nasional (BN) kalah tipis di Manek Urai baru-baru ini, Najib mendakwa kekalahan tipis itu membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Oleh kerana pasukan Malaysia memakai jersey biru ketika bertemu MU semalam, Mahfuz berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendakwa bahawa sudah terdapat petanda kebangkitan semula "gelombang biru" melanda sukan bola seluruh dunia ketika ini.
"Jangan pula kekalahan tipis itu menyebabkan para pemimpin Umno mendakwa bahawa pasukan bola Malaysia sudah memasuki era baru sehingga menyatakan pengurus dan pemain MU tidak lagi relevan serta tidak lagi sesuai dengan kemajuan serta perubahan semasa permainan bola sepak pada masa ini," katanya lagi.
Mahfuz juga berharap tidak ada professor kangkung yang mendakwa bahawa Alex Ferguson bukan lagi faktor penentu kemenangan MU.
"Maklumlah, dalam apa yang dia sangka sebagai sebagai analisis politik, ada yang mendakwa bahawa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan lagi faktor penentu kemenangan," katanya.
Mahfuz seterusnya berharap tidak ada pemimpin Umno yang menawarkan jurulatih dari negara ini untuk menjadi pengurus MU mengantikan Ferguson.
Bagaimanapun, Mahfuz mengucapkan syabas kepada apara pemain Malaysia yang mempamerkan mempamer keazaman dan semangat juang yang tinggi ketika bertemu MU semalam._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan