Khamis, 16 Julai 2009

Lebih 13,000 keping duit RM50 ditemui di Thailand

BERNAMA


BANGKOK: Polis Thailand merampas lebih 13,000 keping wang RM50 palsu bernilai antara RM650,000 dan RM750,000 di Lopburi dua hari lalu.

Wang-wang tersebut ditemui ketika polis menyerbu rumah seorang bekas pegawai kanan tentera di wilayah di luar Bangkok itu yang turut menemui senjata api.

Ketua pencegah jenayah dua divisyen, Kol Akradej Pimolsri memberitau pihak media, serbuan tersebut dibuat hasil maklumat orang ramai bahawa bekas pegawai tentera tersebut menyimpan senjata api di rumahnya.

Rampasan wang itu yang dicetak di Thailand dipercayai yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.

"Sebelum ini ada maklumat bahawa ringgit palsu dicetak di Kemboja. Tetapi kini kami ada maklumat ia mungkin dicetak di luar Bangkok," kata seorang pegawai polis.

Semalam, polis Thai menahan seorang pembawa dolar Amerika palsu yang mempunyai nilai 13 juta baht di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok.

Lelaki berumur 36 tahun tersebut memberitahu bahawa dia merupakan bekas pemberi maklumat polis dan membawa wang tersebut untuk operasi polis.

Tiada ulasan: