Khamis, 23 Julai 2009

Isteri Nordin Mat Top, 2 anak ditahan

Oleh BORHAN ABU SAMAH


JAKARTA – Polis Indonesia hari ini menangkap isteri dan dua orang anak kepada pengganas yang paling dikehendaki Nordin Mat Top yang dipercayai mendalangi pengeboman Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton, Jumaat lalu.

Nordin yang berasal dari Malaysia itu menjadi buruan polis sejak tahun 2003 selepas terlibat dalam serangan bom ke atas Bali.

Isteri Nordin, Arina ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasuruhan, Cilacap, Jawa Tengah.

Arina mendakwa dia tidak mengetahui lelaki yang dikahwininya itu ialah Nordin, kerana dia mengenali suaminya sebagai Abdul Halim.

Detik.com melaporkan Pasukan Peguam Islam, Ahmad Kholiq yang mewakili keluarga itu berkata, Arina hanya mengetahui suaminya itu berasal dari Makassar dan dia telah dijodohkan oleh bapanya.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Nanan Sukarna memberitahu, beliau belum mendapat maklumat berhubungan penahanan tersebut.

Tiada ulasan: