Selasa, 3 Mac 2009

PERKEMBANGAN TERKINI KRISIS POLITIK PERAK

MSTAR ONLINE


BERIKUT adalah perkembangan terkini politik di Perak sepanjang hari ini.

- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar di kawasan tanah lapang kira-kira 200 meter dari bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri.

- Sidang tergempar meluluskan tiga usul iaitu meminta supaya DUN dibubarkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar dan mengiktiraf keputusan Speaker menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco lain.

- Mahkamah Tinggi Ipoh menolak pasukan peguam swasta mewakili Speaker.

- Dalam kes saman yang difailkan Dr Zambry dan enam Exco, Speaker diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri.

- Pasukan peguam Dr Zambry dan enam Exci mengemukakan permohonan tambahan pagi ini - dipanggil relief sampingan - bagi mendapatkan perintah injuksi melarang sebarang mesyuarat DUN yang tidak sah diadakan.

- Mahkamah akan mendengar perintah tambahan ini pada pukul 2.30 petang.

- Nizar akan memohon menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

Tiada ulasan: