Jumaat, 9 Jun 2017

Zamihan bentang dakwaan 'penyelewengan' mufti Wilayah

MALAYSIAKINI


Pendakwah lantang Zamihan Mat Zin terus dilanda kontroversi selepas pembentangannya kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjadi tular.

Ia memaparkan sesi taklimat yang mempunyai tuduhan berat kepada Mufti Wilayah persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad.

Gambar slaid pembentangan “Penyelewengan mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi” itu antaranya dikongsi di Facebook oleh Ketua Biro Agama PKR Wan Ji Wan Hussin tengah malam semalam.
___________

Wanji Wanhussin Wanji
pada hari Rabu
Saya diberitahu oleh rakan-rakan; 

Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Sel hari ini yg telah dipengerusikan oleh SS Mufti Sel, setelah menimbang kertas yg dibentang oleh Zamihan mengenai penyelewengan akidah mufti wilayah dan kaitan dgn Wahabi memutuskan Dr Zulkifli al Bakri dilarang berceramah di Selangor..
310
142
268
_________

Wan Ji berkata, beliau difahamkan oleh “rakan-rakan” bahawa pembentangan itu dibuat semalam.
Sementara itu, Zamihan dalam Facebook semalam mengesahkan membentangkan kajian pemikiran “seorang agama tokoh tertentu” kepada MAIS pagi semalam.

'Bukti secerah mentari'

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya membentangkan data-data daripada muzakarah beliau dengan Zulkifli pada 19 Januari lalu, yang turut dihadiri pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Mereka telah menyaksikan sendiri bahawa Sahibus Samahah Datuk Mufti WP tidak menolak satu pun data-data yang saya bentangkan di hadapan beliau sendiri waktu itu.

“Tiada siapa dapat menolak bukti secerah mentari pagi,” kata Zamihan.

“Kini data-data yang sama dan sedikit kemaskini saya bentangkan di hadapan JK Tauliah MAIS,” kata presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu.

Beliau bagaimanapun menuduh gambar pembentangan itu ditularkan oleh orang dalam MAIS sendiri.

“Ternyata beliau seorang yang tidak amanah dan tiada integriti yang tinggi dalam perkhidmatan,” katanya.

Zamihan juga berkata bersedia untuk menyembah mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, menteri agama, Jakim dan mufti sendiri untuk memperjelaskan “kebenaran” itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zulkifli dan Mais berkaitan dakwaan itu.
 _______

Ustaz Zamihan Al-Ghari
pada hari Rabu
BERSEDIA DEMI KEBENARAN
Alhamdulillah. Pagi tadi saya dijemput membentangkan kajian pemikiran seorang tokoh tertentu utk makluman dan tindakan pihak JK Tauliah MAIS. Saya cuma membentangkan data2 yang sama yang saya bentangkan di hadapan SS Dato Mufti Wilayah Persekutuan pada hari Muzakarah di Pejabat SS Dato Mufti Wilayah Persekutuan pada 19hb Januari 2017 lalu.
Ketika itu, ramai yang hadir termasuk Mantan KP Jakim, Tim Mufti WPKL, wakil RnD Jakim, peg2 kanan Pejabat Mufti K...
Lihat Lagi
438
74
49
 _______

Tiada ulasan: