PELIK, Tan Sri Shahrir Abd Samad ialah Pengerusi
Felda, manakala Tan Sri Isa Samad hanya sebagai Pengerusi FGV. Felda
pemegang terbesar dalam FGV, tiba-tiba seolah-olah Pengerusi Felda tidak
boleh buat apa-apa kepada Tan Sri Isa. Walau Felda sudah meluluskan
tiga wakil di dalam FGV, namun tidak ada apa-apa perubahan.
Semestinya Felda mesti ada wakil di dalam FGV kerana untuk menjaga
kepentingan Felda dan peneroka. Hebat sangatkah Tan Sri Isa. Beliau
mesti sedar kedudukan Felda lebih besar daripada FGV. FGV ibarat anak,
manakala Felda ialah bapa. Anak tidak ada, jika bapa tidak wujud.
Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Felda pula di bawah
Jabatan Perdana Menteri mesti bertindak berani demi kemaslahatan warga
Felda.
Tukar sahaja Tan Sri Isa dengan orang lain. Tidak perlu takut
kepada Tan Sri Isa, beliau hanya manusia biasa sahaja.
Kalau Tan Sri
Muhyiddin Yassin pun Datuk Seri Najib berani pecat sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Cuba ganti dengan orang yang profesional yang
mengetahui selok belok perniagaan di Felda. Hentilah dengan melantik
orang politik yang tidak profesional untuk kendalikan agensi yang cukup
besar.
* USTAZ IDRIS AHMAD, Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan