Rabu, 7 Jun 2017

Rakyat Malaysia tetap ke London

Rakyat Malaysia tetap ke London

SHAH ALAM - Walaupun London dikejutkan dengan serangan letupan bom, namun rombongan pelancongan dari Malaysia ke negara Eropah ini tetap diteruskan.

Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia, Datuk Albert Tan Sam Soon berkata, sehingga hari ini, tidak ada satu pun rombongan pelancongan dari negara ini berhasrat membatalkan perjalanan mereka ke London.

"Insiden letupan bom di London memang menakutkan, tetapi syarikat pelancongan ataupun syarikat penerbangan tidak membatalkan sebarang perjalanan.

"Kebetulan ketika ini musim cuti sekolah dan musim panas di London. Ramai rakyat di negara kita memang gemar untuk melancong ke sana,' katanya kepada Sin Chew Daily.

Menurut Sam Soon, London adalah bandar raya besar dan pihak berkuasa telah mengadakan kawalan keselamatan secukupnya.

"Kebanyakan pelancong sudah buat persiapan rapi terhadap keselamatan masing-masing. Saya percaya insiden letupan bom itu tidak membawa kesan yang besar," katanya.

Tiada ulasan: