Ahad, 11 Jun 2017

Exco BERSATU Hadapi Tindakan Disiplin Sebab Kritik Tun M, Muhyiddin

MALAYSIAN ACCESS

Exco


Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Muhammad Hafiz Azhar bakal menghadapi tindakan disiplin selepas mempersoalkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti itu pada sidang media semalam.

Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk menyuarakan pendapat tetapi ia mesti dilakukan menerusi saluran yang betul.

Bagaimanapun, katanya Hafiz tidak akan terus dilucutkan jawatan tetapi akan dipanggil ke jawatankuasa disiplin bagi mengetahui sebab beliau berbuat demikian.

“Di situ kita akan memberikan peluang untuk beliau menjawab soalan, atau beliau sendiri boleh bercakap beliau tidak berpuas hati dengan isu ini. Itu hak beliau.

“Tetapi pada masa yang sama, jika beliau tetap menyalahgunakan nama Armada dan menggunakan forum yang salah, kita biarkan tindakan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti Pribumi Bersatu Malaysia,” katanya.


Tiada ulasan: