Khamis, 9 Julai 2015

Kemalangan kecil pesawat Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud
 Tan Sri Abdul Taib Mahmud
 
 
MUKAH - Satu kemalangan kecil berlaku membabitkan pesawat khas membawa Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Lapangan Terbang Mukah, di sini kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut laporan sebuah portal, ketika kejadian, pesawat jenis Challenger itu baru sahaja mendarat dan sedang bergerak ke bangunan terminal sebelum sayap kirinya melanggar bahagian muncung pesawat Twin Otter milik MasWings.

Berikutan kejadian itu, komponen lampu pada hujung sayap kiri pesawat peribadi itu pecah, manakala muncung pesawat Twin Otter terbabit mengalami kerosakan kecil.


Tiada ulasan: