Jumaat, 13 Februari 2015

Zunar dibebaskan dengan jaminan polis

MALAYSIAKINI


 


Kartunis politik Zunar yang disiasat polis kerana didakwa menghasut, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Perkara itu disahkan salah seorang peguamnya Melissa Sasidaran, dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini.

"Beliau dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi dengan jaminan polis sebentar tadi," kata Melissa.

Zunar atau Zulkifli Anwar Ulhaque, ditahan polis pada Rabu ekoran tulisan dalam laman twitternya terhadap hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

Tiada ulasan: