Jumaat, 13 Februari 2015

SPR: PRK tak mungkin diadakan serentak

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka dan Parlimen Permatang Pauh tidak mungkin diadakan serentak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Katanya, SPR jangka terima notis kekosongan kerusi DUN Chempaka berikutan kematian Datuk Nik Abdul Aziz, pada Isnin atau Selasa depan, lapor Bernama.
 
Kerusi Parlimen Permatang Pauh pula dijangka menyaksikan pilihan raya kecil ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Kelayakan Anwar sebagai MP akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman, yang berakhir pada 24 Februari.
 
Bagaimanapun, tempoh itu lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tambahnya.

Tiada ulasan: