Jumaat, 13 Februari 2015

Siapa urus akaun FB bila anda mati?

MALAYSIAKINI


Apa akan jadi pada akaun Facebook anda bila anda meninggal dunia?

Kini rangkaian media sosial tersebut menyediakan perkhidmatan untuk anda menetapkan waris yang boleh bertanggungjawab ke atasnya.

Laporan The Wall Street Journal menyebut, Facebook kini membenarkan anda menetapkan seorang individu yang boleh mengakses perkara tertentu ke atas akaun anda untuk waktu itu.

Facebook sebelum ini hanya akan membekukan akaun seseorang individu untuk dijadikan satu tanda peringatan kepada pelanggannya yang meninggal dunia.

Ia dilihat sebagai penyelesaian yang mudah apabila timbul kebimbangan bahawa kehidupan kehidupan peribadi pengguna akan diceroboh jika akaun tersebut masih boleh diakses selepas mereka meninggal dunia.

Khidmat baru tersebut akan membolehkan pengguna Facebook melantik seorang pengguna lain yang boleh menguruskan akaunnya untuk dijadikan sebagai satu laman untuk memperingatinya.

Pengguna yang dilantik itu akan dapat memuatkan tulisan, gambar dan juga membuat kenalan baru. Mereka juga boleh diberi kebenaran untuk memuat turun gambar dan tulisan untuk tujuan arkib.

Mereka bagaimanapun tidak akan dibenarkan menyunting tulisan dan tetapan ke atas gambar lama, atau memadamkan akaun si mati.

Tiada ulasan: