Ahad, 8 Februari 2015

Pro-Hadi demo anti-Mat Sabu, bos PasMa

MALAYSIAKINI


 


Penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkumpul di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada presiden mereka itu.

Mereka berhimpun kerana mengesyaki terdapat beberapa anggota parti itu yang mahu menjatuhkan Hadi.

Bantahan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhli Ibrahim turut mendakwa seorang anggota jawatankuasa pusat Hatta Ramli sebagai penggerak utama usaha itu.

Mereka membawa plakad anti-Hatta dan mahu beliau dan “orangnya” dipecat.

Selain Hatta, kumpulan itu menjadikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan dan Pengerusi NGO PasMA Pharolrazi Zawawi sebagai sasaran.

Sementara itu, Hatta ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas berhubung isu itu.

Tiada ulasan: