Nurul Nuha Anwar
SUNGAI BULOH - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis
pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari
ini, ditolak, kata Nurul Nuha Anwar.
Nurul Nuha bagaimanapun berkata pihak penguasa penjara memberi alasan bahawa permohonan itu ditolak dan ia tertakluk kepada budi bicara 'pihak atasan'.
"Ditolak (permohonan), kita akan hantar mesej rasmi kepada kerajaan untuk memohon melawat, papa sangat sedih kerana Nik Aziz adalah seorang kawan yang baik baginya.
“Kita akan buat rayuan, tapi dia kata pihak atasan akan pertimbangkan dan ia terpulang pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas melawat ayahnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi peguamnya, Latheefa Koya yang mahu menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz, di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Sejak Anwar ditahan pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, pihak penjara masih belum memberikan sebarang jawapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan