MALAYSIAKINI
Ibu bapa Dayak bimbang menghantar anak mereka ke Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM) di Sarawak berhubung undang-undang dan garis panduan
berkaitan agama, kata DAP Serian.
Pengerusinya Edward Andrew Luwak berkata peraturan berkaitan antaranya
larangan membawa barangan berkaitan agama seperti salib dan Bible.
Menurut beliau, terdapat juga larangan membawa makanan disediakan di
rumah dan juga terhadap penggunaan pengangkutan tempat itu untuk ke
gereja.
Andrew mendakwa bahawa garis panduan itu juga digunakan di sekolah menengah teknik yang kini menjadi kolej teknik.
“Sekatan dan larangan ini menyebabkan ibu bapa Dayak tidak menghantar
anak mereka ke kolej sebegini kerana takuut anak mereka dipengaruhi
pengaruh ajaran Islam,” katanya.
Andrew juga berkata perkara itu tidak harus berlaku kerana kolej itu digerakkan menggunakan wang pembayar cukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan