MALAYSIAKINI
Kesemua 24 jawapan bertulis Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ditolak dan disambut sinis
oleh kumpulan anti-insinerator.
Bukan itu sahaja, Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak
Insinerator (KTI) juga merasakan kerajaan tidak ikhlas dan tidak
mengambil berat terhadap kebimbangan mereka.
KTI juga mendakwa terdapat amalan berat sebelah dalam pemilihan teknologi pelupusan apabila kerajaan menolak kaedah zero waste management.
“Kerajaan
telah melakukan kesalahan yang sama dalam pembinaan insinerator Pangkor
dan sebagainya, nampaknya kesalahan kritikal yang sama akan diulang di
Taman Beringin,” menurut KTI.
Menyentuh zero waste management sebagai alternatif kepada
insinerator, KTI berkata, kerajaan memberi jawapan tidak praktikal
berbanding kaedah pengurangan sisa seperti insinerator dan lain-lain.
Mereka juga menolak jaminan Rahman yang didakwa berkata pencemaran
merkuri serta bahan berbahaya akan dihapuskan pada 2019 bersempena
dengan pengoperasian loji sampah kepada tenaga.
KTI turut membangkitkan isu pencemaran merkuri di 10 daripada 21
insinerator di Tokyo, Jepun yang tidak dapat diselesaikan sampai ke hari
ini.
Kebimbangan itu dibangkitkan kerana di Malaysia tiada dasar pemisahan sisa dibuat.
“KTI merakamkan jaminan ini dengan serius dan ini akan dijadikan sebagai standard atau piawai pelaksanaan dasar pemisahan sisa.
“Menteri sepatutnya meletak jawatan atau KTI akan ambil tindakan
undang-undang sekiranya menteri tidak menunaikan jaminan bertulis ini,”
katanya KTI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan