Ahad, 15 Februari 2015

PAS Yakin Bukan Ahli Parti Bakar Kereta Hatta Ramli


Oleh: AKIL YUNUS


Khalid Samad.
 
 
PETALING JAYA: Pemimpin PAS yakin tindakan membakar kereta pacuan empat roda milik Pengarah Pilihan Raya parti, Dr Mohamad Hatta Ramli bukannya dilakukan oleh ahli parti yang berang dengan pemimpin berkenaan. 

Mereka yakin insiden tersebut merupakan  tindakan provokasi yang dilakukan oleh musuh PAS, yang sengaja ingin memburukkan  krisis dalaman parti yang sedang berlaku.

"Apabila masalah dalaman parti mula didedahkan kepada pengetahuan umum, pihak lawan akan mengeksploitasinya agar ia kelihatan seperti persengketaan dalaman yang sangat serisu," kata Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid samad pada Sabtu.

Kereta pacuan empat roda milik Mohamad Hatta ditemui terbakar dihadapan rumahna dii Hulu Kelang pada awal pagi Sabtu.

Insiden tersebut didakwa dilakukan oleh penyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penyokong Abdul Hadi mendakwa Hatta dan beberapa orang pemimpin PAS terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulinkan Hadi.

Minggu lalu, sekumpulan ahli PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pahang, Fadli Ahmad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat parti Ahad lalu dengan menggesa Hatta meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, Khalid yakin ahli parti terlibat dengan demonstrasi minggu lalu tidak akan melakukan perbuatan ekstrem seperti yang berlaku.

"Saya ragu-ragu ahli PAS  sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Ini bukan budaya kita. Bukan itu sahaja, demonstrasi yang dilakukan minggu lalu juga sangat bodoh.

"Kumpulan tersebut cuba untuk menunjukkan diri mereka ingin mempertahankan kepimpinan ulama dan presiden, hanya kerana pemilihan parti semakin hampir," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata semuanya terpulang kepada presiden untuk campur tangan serta meredakan situasi yang berlaku.

"Oleh kerana kumpulan ini mendakwa mereka merupakan penyokong Abdul Hadi, mungkin mereka akan dengar sekiranya Abdul Hadi mengarahkan mereka supaya menghentikan apa jua tindakan yang boleh mencalarkan nama baik parti.

"Namun ini bukanlah gaya kepimpinan presiden, kita hanya boleh tunggu dan lihat. Ini  juga  satu cabaran terhadap kepimpinan beliau, " tambah Khalid.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad merasakan Abdul Hadi tidak harus diheret dalam isu tersebut kerana beliau tidak pernah memihak kepada sesiapa.

Beliau berkata ahli PAS juga tidak seharusnya tunduk terhadap sebarang provokasi daripada pihak lawan, yang ingin melihat parti itu berpecah-belah.

"Semangnya ada isu dalaman yang berlaku, kita tidak perlu menafikannya, insiden yang berlaku terhadap Dr Hatta, bukanlah dilakukan oleh ahli PAS.

Tiada ulasan: