Oleh Shuhaniza Said & W. Anis Ilyani W. M. Azhar
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul enggan
mengulas mengenai calon pengganti yang bakal mengisi jawatan Ketua
Pembangkang.
Menurutnya, perkara tersebut berkemungkinan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik PKR, malam ini.
Beliau juga berkata, keputusan tersebut walaupun pahit, namun tetap diterima dengan hati terbuka.
"Ini permulaan.. Ini ibarat dapat bayi baru.. Kehidupan diteruskan," ujarnya ringkas.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara lima
tahun terhadap Anwar selepas mensabitkan beliau di atas tuduhan meliwat
bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.
Keputusan itu bermakna Ketua Pembangkang berusia 67 tahun itu terpaksa
mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, jawatan Ketua Pembangkang
serta kedudukannya sebagai Ketua Umum di dalam PKR.
Hukuman itu sekaligus akan memberi tamparan hebat kepada masa depan
Pakatan Rakyat sendiri yang selama ini bersandar kepada kepimpinan Anwar
untuk menyelesaikan pelbagai kemelut.
Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman
lima tahun penjara itu yang dikenakankan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.
Sementara itu, Pengerusi bersama NGO Bersih, Datuk S Ambiga juga
meminta penyokong Pakatan Rakyat agar menguatkan semangat dan meneruskan
perjuangan walaupun Anwar di dalam penjara.
"Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun.. Dan mereka (polis) akan
membawa Anwar ke penjara, saya tak tahu penjara yang mana satu.
"Anwar ok tapi keadaan keluarganya sangat teruk. Semangat perlu kuat," ujarnya.
Penyokong yang marah dengan keputusan tersebut meminta beliau
menganjurkan demonstrasi besar-besaran seperti Bersih sebagai tanda
protes dan tidak berpuashati dengan institusi kehakiman yang dianggap
bobrok.
Ambiga bagaimanapun enggan mengulas sebarang tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan