MALAYSIAKINI
Peguam kanan
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa telah menghina mahkamah dengan
mendedahkan keterangan secara tertutup di mahkamah kepada umum, kata
pensyarah undang-undang Universiti Malaysia, Gurdial Singh Nijar.
Katanya,
apabila bukti mahkamah memerintah keterangan diberi secara tertutup (in
camera), maka butiran itu tidak boleh didedahkan di luar mahkamah.
Prosiding
secara tertutup adalah ia didengar di hadapan hakim di mana orang ramai
dan media tidak dibenarkan berada dalam dewan mahkamah.
Sebab itulah, kata Gurdial, keterangan tersebut tidak boleh dilaporkan oleh akhbar dan sesiapa saja.
Apabila keterangan ini didedahkan kepada umum, maka perintah mahkamah itu telah dilanggari, katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, ia jelas menghina mahkamah dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara, denda atau kedua-duanya.
Gurdial mengulas mengenai Shafee, yang mendedahkan di sebuah forum
anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno, Selasa
lalu, butiran berhubung dakwaan pelakuan seks antara Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari
Azlan.
Shafee, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk
mengendalikan pendakwaan kes itu, memberitahu forum tersebut butiran
yang diberikan oleh pengadu, Saiful, secara tertutup.
Gurdial menambah ia terpulang kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.
Perkara
itu juga, katanya, boleh dibawa ke perhatian mahkamah oleh orang lain
yang berkepentingan dalam prosiding itu atau sesiapa yang mengetahui
mengenai tindakan menghina mahkamah itu.
"Mahkamah juga boleh
memulakan prosiding dan merangka pertuduhan terhadap mana-mana orang
yang melanggar perintah mahkamah atas inisiatifnya sendiri."
Sementara
itu, peguam dan pakar perlembagaan Syahredzan Johan menyifatkan
pendedahan Shafee mengenai keterangan yang diberi secara tertutup,
sebagai perbuatan "mencemarkan nama baik atas alasan perbincangan
undang-undang".
Menurut Syahredzan, terdapat sebab-sebabnya mengapa prosiding dibuat secara tertutup.
"Anda tidak mahu aspek tertentu prosiding didedahkan kepada umum,” katanya kepada Malaysiakini.
Oleh
itu, tambahnya, peguam yang terlibat dalam kes itu - sama ada timbalan
pendakwa raya atau peguam - untuk mendedahkan apa yang merupakan
sebahagian daripada keterangan secara tutup kepada umum.
Jika tidak, tegas Syahredzan, seluruh maksud prosiding mahkamah secara tertutup itu tidak bermakna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan